Udang Sos Tiram Cili - Anti Gagal
Resepi udang sos tiram cili yang menjadi kegermaran keluarga saya. Cepat dan mudah disediakan. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. resepi kali ini ialah udang masak sos tiram cili. Resepi ini antara resepi udang yang paling mudah dan cepat disediakan. Tonton hingga ke akhir video untuk tips dan rahsia resepi udang istimewa ini. Jom kita ke dapur! Untuk 4 hidangan kita perlukan 400g udang. 3 sudu besar sos tiram. 2 sudu besar kicap manis. 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan 3 sudu besar cili kisar. Kita juga perlukan 7 ulas bawang putih, di cincang halus seperti ini. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan 1/2 udang dahulu. Tujuaan kita sekadar menggaringkan bahagian luar udang sahaja dan bukan untuk masak udang sepenuhnya. Bila sudah garing seperti ini keluarkan udang and ulang untuk baki undang. Jika kita tidak keluarkan undang, udang akan masak terlalu lama dan akan menjadi liat dan kering. Ketepikan udang dahulu. Panaskan sedikit lagi minyak untuk menumis bawang putih. Masukkan bawang putih. Gunakan api sederhana supaya bawang putih tidak hangus. Bila bawang putih mula kelihatan kuning, masukkan cili kisar. Goreng cili dan bawang putih sehingga garing seperti ini. Dan tambah 1 sudu besar gula. Gaulkan supaya sebati, bahan tumisan perlu masak lagi dan untuk elakkan hangus, tambahkan sedikit air dalam 50ml. Sekarang masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis. Kacau! Jangan Tak Kacau! Tambahkan sedikit lagi air untuk elakkan kuah menjadi terlalu pekat. Sekarang masukkan udang yang telah digoreng tadi. Masak sehingga udang hampir-hampir masak sahaja kerana udang akan terus masak walaupun setelah dikeluarkan dari kuali. Ini akan memastikan udang masih lembut dan juicy semasa. Ini akan mengambil masa 1-2 minit sahaja. Udang masak sos tiram cili , siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba!