Mee Hoon Goreng Kicap

1K views Jan 23, 2023

Resepi Mee Hoon Goreng Kicap yang ringkas dan mudah. Selamat mencuba! Sila layari laman web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee hoon kicap. Hidangan yang cukup mudah untuk disediakan tetapi tidak kurang sedapnya. Sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, pagi, tengahari ataupun untuk makan malam. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan 400g mee hoon. Rendamkan mee hoon dengan air sejuk untuk 30 minit supaya lembut. Elakkan menggunakan air panas kalau boleh. Ketepikan dahulu. Kita juga perlukan 200g daging lembu, dihiris nipis supaya cepat masak. 150g udang, dibuang kepala dan kulit. 9 ulas bawang putih dan 5 biji cili padi. Tumbuk bawang putih dan ketuk cili padi seperti ini. 1 mangkuk kecil kobis lebih kurang 50g, kalau nak gantikan dengan sawi pun boleh. 3 sudu besa sos tiram. 7 sudu besar kicap manis. 4 sudu besar kicap pekat. 5 sudu besar kicap cair. 1 sudu besar lada putih dan 4 sudu besar minyak bijan. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Bila minyak sudah panas, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan cili padi. Bila bawang putih mula berwarna kuning ditepi, masukkan daging dan kuatkan api. Masukkan sos tiram. Kicap manis. Kicap pekat . Dan Kicap cair. Tambah 400ml air. Dan 1 sudu besar lada putih. Kacau! Jangan Tak Kacau! Tunggu sehingga kuah mendidih. Sekarang masukkan mee yang telah direndam dan ditoskan airnya. Gaulkan supaya rata. Mee akan menyerap sebahagian daripada kuah dan mengembang sedikit. Jangan gaulakan terlalu banyak untuk elakkan mee hoon hancur.

#Cooking & Recipes