Kek Milo microwave dengan sos coklat

14K views Jan 23, 2023

RESEPI lengkap dan senarai bahan-bahan di https;//nasserskitchen.com * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah satu resepi kegemaran keluarga saya Kek Coklat Milo microwave dengan sos coklat. Resepi ini sangat cepat untuk disediakan jika teringin nak makan kek coklat tetapi tak sanggup nak bakar kek, kerana kek ini cuma perlukan 3 minit sahaja untuk masak. Jom kita ke dapur! Bahan-bahan yang kita perlukan 4 sudu besar tepung gandum. Gunakan sudu besar penyukar 15ml seperti ini. 2 sudu besar gula castor atau gula halus. 2 sudu besar gula perang. 2 sudu besar milo. 2 sudu besar serbuk koko. 3 sudu besar susu cair. 3 sudu besar minyak masak. 1 biji telur. Masukan tepung gandum kedalam bekas, diikuti gula castor, Milo. Pastikan tak ada yang tertinggal. Serbuk koko. Gaulkan dengan pemukul telur jika ada supaya bahan-bahan sebati. Kemudian tambah 1/2 sudu kecil baking powder. Gaulkan supaya baking powder sekata. Ini akan memastikan taburan baking powder seimbang. Ini perlu dilakukan sebelum mencampurkan bahan-bahan basah, jika tidak ada bahagian kek yang akan naik lebih dari bahagian lain. Sekarang kita tambahkan gula perang, kita tambahkan gula perang terakhir sekali kerana , gula perang lembab sedikit dan akan menghasilkan gumpalan jika dicampurkan terlalu awal.

#Cooking & Recipes
#Desserts
#Food