Udang Goreng Tepung Tempura - Rahsia Restoran Jepun

13K views Jan 23, 2023

Resepi udang goreng tepung tempura ini mudah di sediakan di rumah dan menggunakan teknik-teknik yang sama dengan restoran Jepun. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen di Getaran. Dalam episode kali ini saya akan kongsikan resepi untuk Tempura Udang. Salah satu hidangan masakan Jepun yang paling popular di Malaysia. Untuk membuat tempura di rumah sebenarnya sangat mudah dan saya akan kongsikan tips dah rahsia untuk membuat tempura seperti di restoran Jepun. Jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah udang yang segar. Kualiti tempura bergantung kepada kesegaran bahan-bahannya. Untuk 3 hidangan kita perlukan 6 ekor udang bersaiz sederhana. Buangkan kepala, kaki dan kulit. Jangan lupa untuk buangkan tali perut undang seperti ini. Bila kita makan tempura udang di restoran, undangnya kelihatan panjang dan lurus. Untuk mengelakkan udang melengkung, kita akan kelarkan bahagain bawah udang seperti ini. Jangan potong terlalu dalam, lebih kurang 1/2 cm sahaja. Setelah dikelar, udang akan lebih mudah diluruskan. Kemudian terbalikkan udang dan kelarkan bahagian atas pula secara menyerong. Tujuan kita ialah supaya luas permukaan undang lebih besar dan salutan tepung lebih mudah melekat.

#Cooking & Recipes
#Cuisines