Resepi Caesar Salad Mudah
Caesar Salad ialah satu resepi yang popular di seluruh dunia dan sebenarnya mudah dibuat. Terbahagi kepada 3 : a) Daun Salad Romaine b) Roti kering ( croutons - disebut kru tawn) c) Sos atau salad dressing Link untuk SALAD SPINNER: https://c.lazada.com.my/t/c.YUyHRB?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fmanual-fruit-vegetables-dehydrator-dryer-cleaner-basket-kitchen-dehydrator-baskets-washer-fruits-salad-lettuce-spinner-strainer-i747522494-s1665634875.html& TEKS PENUH VIDEO Selamat datang ke Nasser's kitchen. Resepi kali ini ialah Caesar Salad. Satu resepi salad yang classic dan terkenal diseluruh dunia. Di buat dengan daun salad romain yang segar, roti kering yang garing, keju parmesan dan sos istimewa. Saya bukan peminat salad , tapi inilah salad kegemaran saya yang No.1! Kalau anda atau anak anda jarang makan salad, boleh cuba resepi Caesar Salad ini. Jom Kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan ialah daun salad romaine. Inilah salad yang biasa digunakan tapi apa-apa daun salad yang rangup pun boleh digunakan. Mula-mula kita potong bahagian bawah salad. Ini kita tak gunakan dalam caesar salad kita. Kemudian potong daun salad romain kita begini. Daun-daun salad yang telah dipotong perlu dicuci dan dikeringkan. Daun salad yang kering akan lebih rangup dan sedap bila dimakan. Elakkan daun salad yang basah. Untuk mengeringkan daun salad saya akan gunakan alat 'salad spinner' seperti ini. Kalau tak guna pun boleh , tapi lebih banyak kerja untuk mengeringkan setiap daun salad. Mudah sahaja cara menggunakannya, buka penutup atas, masukkan daun salad yang telah dicuci, Tutup , dan tekan.