Resepi Sup Daging Simple
Resepi Sup Daging Simple atau Sup Tulang ini versi sup saya yang paling mudah dan tidak menggunakan serbuk rempah sup ataupun sup bunjut. Cuma rempah empat sekawan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sahaja digunakan. RESEPI LENGKAP DI : https://www.nasserskitchen.com/sup-tulang-daging-lembu/ Camera : Sony ZV-E10 https://shope.ee/6zhK7YjK1Q Mic : Boya M1 https://shope.ee/XZmoksTo Monitor : Viewsonic 32" https://shope.ee/2prlAIBDGa Rahsia masak sup ialah memastikan bawang digoreng sehingga garing sebelum menambah air dan daging. Jika kita tambah air terlalu awal, bawang tidak akan dapat masak dengan betul kerena suhu masak tidak akan dapat melepasi 100 darjah C selagi masih ada air. Sup daging dan sup tulang akan memakan masa yang agak lama untuk masak dengan betul, oleh itu kita perlu bersabar jika mahukan hasil yang terbaik. Selamat mencuba! QWare Online STORE: https://c.lazada.com.my/t/c.ZZhThA EDIBLE GARDENS BY RADIANT: https://jandabaik-attractions.com/edge/ * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sup tulang lembu. Saya akan kongsikan resepi saya yang paling mudah dan tanpa menggunakan rempah atau sup bunjut. Kita hanya perlukan beberapa bahan yang asas sahaja untuk menyediakan sup and lazat seperti ini. Jom kita ke dapur!