Sambal Telur Hancur - Scrambled Eggs Sambal
Resepi sambal telur hancur yang cepat dan mudah. Tonton hingga akhir video untuk tips dan rahsia sambal yang sedap. Selamat mencuba! #sambal #sambaltelur #scrambledeggs * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sambal telur hancur. Kalau biasa masak sambal telur rebus, boleh cuba sambal ini pula. Sangat mudah tapi tak kurang sedapnya. Jom, Kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan 5 biji telur, 6 sudu besar lada kisar, 1 sudu kecil pes asam Jawa, 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan 1/2 sudu kecil belacan. Potongkan bawang dan bawang putih seperti ini supaya senang dikisar. Untuk kuantiti kecil seperti ini saya gunakan hand blender. Tambahkan dalam 100ml air dan kisar sehingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam 150ml. Untuk elakkan percikkan minyak, saya masukkan bahan kisar sebelum minyak betul-betul panas. Ini akan membolehkan air tersejat perlahan-lahan. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Kacau perlahan-lahan. Bila bawang sudah mula kelihatan garing seperti ini, masukkan cili kisar. Gaulkan sehingga sebati. Rahsia sambal yang sedap ialah , bawang dan cili perlu dimasak sehingga garing betul supaya tidak ada lagi rasa cili dan bawang yang mentah. Kesilapan yang biasa dibuat ialah memasak sambal terlalu cepat. Sambal yang sedap perlukan kesabaran. Gaulkan dari masa ke semasa dan masak denagn api sederhana kecil. Setelah 5-8 minit, masukkan 1 sudu kecil garam. 3 sudu kecil gula. Kalau suka sambal yang lebih manis, boleh tambah lagi gula, kalau suka yang kurang manis, kurangkan gula. Ikut cita rasa masing-masing. Masukkan 1 sudu kecil pes asam Jawa. Kacau! Jangan Tak Kacau! Masak sambal untuk 10-15 minit lagi. Jika sambal terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi air supaya sambal dapat dimasak lagi tanpa hangus. Sekarang kuatkan api. Bila sambal sudah mendidih, masukkan telur. Jangan terus pecahkan telur, kita tidak mahu, telur dan sambal bergabung terlalu awal, kerana kita mahu lihat pengasingan antara sambal dan telur. Tolakkan perlahan-lahan ketepi. Berikan masa untuk putih telur masak sedikit sebelum kuning telur dipecahkan. Gaulkan perlahan-lahan, dari bawah keatas, dan tepi ketengah. Bila telur sudah mula kelihatan sudah masak, barulah gaulkan dengan lebih pantas. kecilkan api dan tunggu pecah minyak. Akhir sekali boleh tambah serbuk perasa jika suka. Sambal telur hancur siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba!