Kacang Buncis Goreng Telur
Resepi kacang buncis goreng telur yang mudah disediakan sebagai hidangan sampingan. Selamat mencuba! * SUBSCRIBE: https://bit.ly/2s0yv1o Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Kali ini saya akan kongsikan satu resepi sayur yang cepat dan mudah. Kacang buncis goreng telur berlada. Tonton hingga ke akhir video untuk tips mengoreng sayur saya. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur! Bahan utama yang kita perlukan, kacang buncis yang segar. 500g. Potong seperti ini. 2. biji telur. 100g undang. 1 sudu besar sos tiram. 7 biji bawang merah kecil. 5 ulas bawang putih. 1 sudu kecil belacan dan 4 biji cili merah. Potong bawang, bawang putih dan cili seperti ini sebelum dikisar atau ditumbuk. Untuk menjimatkan masa, saya akan kisar. Masukkan cili, bawang merah, belacan dan bawang putih. Hati-hati semasa mengisar, jangan kisar terlalu halus. Tolakkan bahan-bahan yang masih kasar dari tepi ke tengah seperti ini supaya bahan-bahan akan dikisar dengan sekata. Kisar sehingga bahan-bahan seperti ini, tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar. Ketepikan dahulu. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bahan kisar tadi. Bawang merah kecil, bawang putih, belacan dan cili. Tumis untuk 3-4 minit sehingga bahan tumisan mula kelihatan garing. Masukkan 1 sudu besar sos tiram. Gaulkan supaya sebati dengan bahan tumisan. Tambah 1 sudu kecil serbuk perasa jika mahu atau gantikan dengan 1/2 sudu kecil garam. Masukkan kacang buncis. Kacau! Jangan Tak Kacau! Tolakkan kacang buncis ke tepi supaya ada ruangan untuk kita goreng telur. Kuatkan api. Dan masukkan telur. Pecahkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan. Bila telur sudah hampis masak, gaulkan dengan sayur seperti ini. Sekarang masukkan udang. Gaulkan supaya rata. Bila udang sudah kelihatan merah, kacang buncis goreng telur siap untuk dihidangkan. Jangan masak udang terlalu lama kerana udang akan terus masak walaupun sudah dikeluarkan daripada kuali.